Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

June 30, 2011

Hormati Orang Lain Melalui 3 Perkara




Hormati Orang Lain Melalui 3 Perkara:

1. Pangkat
Kita perlu menghormati mereka-mereka yang berpangkat lebih besar dari kita kerana mereka berhak keatasnya. Contohnya kita perlulah menghormati bos-bos kita kerana dia bos kita lah.

2.Usia
Kita sebagai orang yang lebih muda perlulah menghormati mereka-mereka yang lebih berusia. Sama lah seperti kita menghormati ibu bapa kita. Biarpun pangkat kita lebih besar daripada mereka, kita perlu menghormatinya.

3.Pengalaman
Dalam berorganisasi pengalaman memainkan peranan penting. Oleh itu kita patut menghormati mereka-mereka yang lebih berpengalaman kerana mereka lebih arif dari kita. Bak kata pepatah 'mereka lebih makan garam dari kita'.


Daripada ketiga-tiga perkara tersebut, ia menjelaskan bahawa kita perlu menghormati semua orang disekililing kita walau apa pun kedudukannya. Saling hormat-menghormati akan membuatkan kehidupan kita lebih mudah kerana tiada rasa meninggi diri dan tiada rasa terlalu merendah diri.

No comments:

Post a Comment